About Me

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement

Selepas COVID19 Kita Dikejutkan Lagi Hantavirus Di China Yang Meragut Nyawa Seorang Rakyat China


Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.

ANKARA: Ketika penularan pandemik COVID-19 menurun di China, seorang rakyat negara itu dilaporkan maut akibat hantavirus yang juga satu lagi jenis penyakit berjangkit.

Menurut agensi berita Anadolu yang memetik laporan akhbar tempatan harian China, The Global Times, semalam, mangsa adalah lelaki berasal dari wilayah barat daya Yunnan.

“Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu,” ciap akhbar itu.

Tambahnya, 32 lagi penumpang bas itu kemudian menjalani saringan kesihatan, namun maklumat mengenai keputusan ujian terbabit tidak dinyatakan.

Penyakit bawaan virus itu kali pertama dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1993 di mana ia dipindahkan kepada manusia oleh tikus.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit berpangkalan di AS, pemindahan virus itu daripada manusia kepada manusia tidak pernah ditemui kecuali di Argentina pada 1996 apabila wujud pandangan bahawa ‘hantavirus di Amerika Selatan boleh dipindahkan daripada manusia kepada manusia’.

Perkembangan baharu itu berlaku ketika seluruh dunia sedang bergelut untuk membasmi wabak COVID-19.

Berbanding COVID-19 yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan kesukaran bernafas, jangkitan hantavirus dalam badan akan mengakibatkan kelesuan, sakit otot serta sakit kepala.

sumber

3 Comments

  1. […] Selepas COVID19 Kita Dikejutkan Lagi Hantavirus Di China Yang Meragut Nyawa Seorang Rakyat China […]

    ReplyDelete
  2. […] Selepas COVID19 Kita Dikejutkan Lagi Hantavirus Di China Yang Meragut Nyawa Seorang Rakyat China […]

    ReplyDelete
  3. Most of whatever you mention is supprisingly accurate and it makes me wonder why I had not looked at this in this light before. This piece really did switch the light on for me personally as far as this particular subject matter goes. But there is one particular point I am not necessarily too comfy with and whilst I attempt to reconcile that with the core theme of your position, allow me see just what the rest of the readers have to say.Well done.

    ReplyDelete

Post a Comment