About Me

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement

Bantuan Isi Rumah RM1,600 Akan Diagihkan Pada April & Mei

Bantuan Isi Rumah RM1,600 Akan Diagihkan Pada April & Mei

KERAJAAN bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,600 secara ‘one-off’ kepada empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju memberi bantuan RM1,000 secara ‘one-off’ kepada 1.1 juta isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off itu membabitkan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.

“Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion, tadi.

Beliau berkata, bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah bayaran RM1,000 akan dibayar pada April dan RM600 pada Mei.

Menurutnya, isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan, pembayaran sebanyak RM500 akan dibuat pada April dan baki RM500 bulan Mei.

“Sebanyak RM800 akan diberikan kepada tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada April dan baki RM300 pada Mei.

“Sebanyak RM500 diberikan kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada April 2020 dan baki RM250 pada Mei,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama enam bulan membabitkan kutipan sebanyak RM750 juta.

“Kini, Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman untuk tempoh yang sama kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyak RM149.2 juta. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 orang peminjam,” katanya.

Baca Juga :

Sumber - Harian Metro

5 Comments

  1. […] Bantuan Isi Rumah RM1,600 Akan Diagihkan Pada April & Mei […]

    ReplyDelete
  2. saya kene cuti takde gaji blnje barang dapur pon saya takde duit ,mak ayah saya takkerja .saya harap dapat bantuan .....

    ReplyDelete
  3. […] Bantuan Isi Rumah RM1,600 Akan Diagihkan Pada April & Mei […]

    ReplyDelete
  4. […] Bantuan Isi Rumah RM1,600 Akan Diagihkan Pada April & Mei […]

    ReplyDelete

Post a Comment