About Me

Responsive Advertisement
Responsive Advertisement

BSH Di Agihkan Pada Bulan Julai & Cara Semakan Status Permohonan


BSH Di Agihkan Pada Bulan Julai & Cara Semakan Status Permohonan


MAKLUMAN TERKINI


Permohonan BSH 2020



  •  Talian Hotline BSH (1-800-88-2747) tidak beroperasi mulai 26 Mac 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, pemohon digalakkan untuk mendapatkan maklumat BSH secara dalam talian melalui Portal BSH seperti berikut:



  1. Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 – Menu MyBSH / Semakan Status Permohonan

  2. Pertanyaan / persoalan BSH 2020 – Rujuk Soalan Lazim (FAQ) BSH 2020



  •  Set semula ID MyBSH yang telah disekat tidak dapat diambil buat masa ini disebabkan oleh penutupan kaunter BSH dan juga talian Hotline BSH yang tidak beroperasi. Oleh itu, pemohon boleh membuat semakan BSH 2020 pada Menu Semakan Status Permohonan.



  •  Tindakan terlupa Kata Laluan MyBSH, pemohon boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MyBSH 2020 dan semakan BSH 2020 boleh dibuat pada Menu Semakan Status Permohonan.



  •  Kaunter BSH di semua Cawangan LHDNM ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Pemohon BSH digalakkan untuk membuat Semakan Status Permohonan dan Pembayaran BSH 2020 secara dalam talian melalui Portal BSH.



  • Pembayaran Fasa Kedua BSH 2020 (RM200) kepada pemohon yang layak telah dibuat mulai 16 Mac 2020. Semakan Status pembayaran boleh dibuat pada Portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut merupakan paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu diambil:



  1. Dalam proses pengkreditan – Semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020

  2. Tunai – Penunaian di BSN dengan membawa MyKad asal penerima apabila wujud Nombor Baucar pada semakan status


Maklumat lanjut pembayaran Fasa Kedua BSH 2020, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Bayaran Fasa Kedua BSH 2020

  • Tarikh Akhir Pendaftaran BSH 2020 adalah pada 15 Mac 2020 (Ahad)



  • Langkah Pencegahan COVID-19



  1. Sekiranya anda kurang sihat dan mempunyai gejala-gejala seperti Demam / Batuk / Sakit Tekak / Muntah / Selsema / Sukar bernafas, anda dinasihatkan untuk tidak berurusan buat sementara waktu di Kaunter Perkhidmatan BSH sebagai langkah pencegahan kepada wabak Covid-19. Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

    1. Permohonan dan Semakan Status BSH 2020– boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi BSH

    2. Pertanyaan BSH 2020 – boleh menghubungi talian Hotline BSH LHDNM (1-800-88-2747) / MoF (03-8882 4565 / 03-8882 4566)



  2. Sekiranya Permohonan BSH 2020 secara dalam talian memerlukan penghantaran Dokumen Sokongan atau memerlukan pemohon merujuk kepada Cawangan LHDNM, Wakil dibenarkan untuk berurusan bagi pihak pemohon BSH 2020.



  • Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan pada 27 Februari 2020 melibatkan pembayaran BSH 2020 seperti berikut:



  1. Pembayaran Fasa 2 BSH 2020 sebanyak RM200 yang dijangka pada Mei 2020 akan diawalkan bayaran mulai Mac 2020

  2. Penerima BSH 2020 akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan dan juga e-tunai sebanyak RM50 yang akan disalurkan pada Mei 2020



  • Maklumat lanjut berkaitan tarikh pembayaran dan kaedah bagi pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi BSH 2020 berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.



  • Pendaftaran MyBSH (bagi pemohon yang telah mempunyai rekod BSH) telah boleh dibuat pada Menu MyBSH mulai 22 Januari 2020. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBSH 2020 atau FAQ Pendaftaran MyBSH 2020.



  • Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.



  • Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:



  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan

  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut:

    1. Elaun Pekerja Cacat

    2. Bantuan Penjagaan OKU

    3. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja

    4. Bantuan Orang Tua





  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:



  1. Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau

  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau

  3. Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020


Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2020



  • SKK BSH 2020



  1. Tuntutan SKK BSH 2020 layak dituntut oleh waris bagi pemohon (layak menerima Fasa Pertama BSH 2020) yang meninggal dunia mulai 1 Januari 2020 hingga 31 Januari 2020.

  2. Tuntutan SKK boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 di Bank Simpanan Nasional (BSN).


[pdf-embedder url="http://hariharikerja.com/wp-content/uploads/2020/03/5_6334391443733348889-1.pdf" title="5_6334391443733348889 (1)"]

 

CARA SEMAKAN STATUS BSH :



  1. Tekan "SEMAK STATUS BSH" di bawah.

  2. Anda akan dibawa ke portal rasmi BSH untuk membuat penyemakan.

  3. Masukkan Nombor IC / MyKad anda diruang yang disediakan.

  4. Anda akan mendapat info BSH adakah sudah diterima ataupun dalam proses.


Baca Juga :

  1. Permohonan Bagi Dapatkan Bantuan Bekalan Makanan Untuk B40

  2. Senarai Bantuan & Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat

  3. Grab wujudkan tabung RM1000 Tabung Perlindungan & RM300 Perbelanjaan Isi Rumah Untuk Pemandu & Penghantar Makan


Bagi permohonan baharu ataupun ingin kemaskini anda boleh baca gambar rajah dibawah ini :

Klik butang "Next Page" dibahagian bawah gambar untuk membaca lampiran seterusnya.

[pdf-embedder url="http://hariharikerja.com/wp-content/uploads/2020/03/BSH2020_FAQ_Permohonan_Baru_danKemasKini.pdf"]

 

SEMAK STATUS BSH

5 Comments

  1. […] BSH Di Agihkan Pada Bulan Julai & Cara Semakan Status Permohonan […]

    ReplyDelete
  2. kakak saya lahir tahun 1955 masih bujang kerja kedai dobi pendapatan rm1100.00 sebulan di subang jaya kakak saya tidak mohon bsh persoalamnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.saya adiknya yang menulis catatan ini.

    ReplyDelete
  3. […] BSH Di Agihkan Pada Bulan Julai & Cara Semakan Status Permohonan […]

    ReplyDelete
  4. Hiya very cool website!! Guy .. Excellent .. Wonderful .. I'll bookmark your web site and take the feeds additionally…I am glad to search out numerous helpful info right here within the submit, we need work out extra techniques on this regard, thank you for sharing.

    ReplyDelete

Post a Comment